Posts

Showing posts from February, 2018

Ganjaran pahala

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab  “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi ” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith) Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah. Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sal...

Istiqamah 💕

Image
Istiqamah. 9 Huruf yang ringan dibicarakan namun liat dan begitu berat untuk melakukannya. Ada pelbagai aspek istiqamah yang kita boleh adaptasi. Antaranya: 1) Orang yang ingin berhijrah daripada dunia jahiliahnya. 2) Orang yang ingin berubah daripada tabiat yang buruk kepada tabiat yang lebih baik, sekaligus meninggalkan tabiatnya yang buruk. 3) Orang yang ingin menjadikan rutin hariannya produktif tanpa sesaat pun mensia-siakan masanya di dunia. Dan ada pelbagai jenis istiqamah yang boleh kita renungkan. Akhirnya pasti jawapannya adalah, untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik. 7  Cara berubah secara berterusan ini adalah, antara yang kita boleh lakukan supaya paling minima, kita menghasilkan perubahan walau sekecil zarah. Kerana sesungguhnya gunung-ganang itu terdiri daripada kerikil-kerikil kecil. Anda boleh lakukan 7 cara ini mengikut kesesuaian anda. Mungkin tidak perlu ikut urutan. Istiqamah #1 – Matlamat Yang Jelas Andai kita belajar hadis, perk...

Finally rajin nak try! Hahahah

Image
Oh hello there! Its been a longgggg time since i tak update my blog kan? So here am i! Lately i am sooo busy! I am a working girl now! Hahaha. Allah bagi rezeki kerja. Kerja kat mana? Next post laa i crit. Sekarang nak story pasal maskerrr! Baru hari ni rajinn nak try those maskers (refer my blog) but saya buat 3 jer. Yang glowing complexion, oily skin stopper and refined pores. Ni haaaaaa masker2 tu. Saya letak hari, sebab ada lagi 3 masker saya belum buat. So everyday memang ada masker2 yang perlu pakai. Siapa taknak cantik you uolssssss! kih kih kih  Yelaaaa nanti nak bersanding memang la nak muka cantik jerr kannnn. InsyaAllah!